Video Seks Tersebar : Tulisa Kekal Juri X FactorLondon – Penyanyi terkenal dari United Kingdom, Tulisa Contostavlos terselamat dari digugurkan daripada senarai juri hakim bagi program rancangan realiti mencari bakat di negara itu, X-Factor, meskipun skandal video seksnya tersebar meluas di internet.

Tulisa yang sebelum ini berani untuk tampil mengaku gadis di dalam rakaman video seks berdurasi selama enam minit itu adalah dirinya diselamatkan oleh penerbit X-Factor, Simon Cowell, yang menjamin kedudukan penyanyi itu semalam.

“Apa yang dilakukan olehnya (Tulisa) tidak salah dari sudut undang-undang, anda dibenarkan untuk melakukan perkara itu (hubungan seks) di bilik tidur, tapi anda tak mahu rakamannya tersebar (di khalayak umum),” kata Simon yang memang terkenal dengan komen yang ‘menggerunkan’.

Simon turut mengutuk dan menyalahkan individu yang menyebarkan rakaman video seks Tulisa itu di internet serta menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu perkara jijik yang dilakukan.

“Siapa saja dia (yang sebarkan video seks Tulisa) dia adalah manusia keji.
“Ia menjijikkan, sangat-sangat menjijikkan, dia memalukannya (Tulisa) dan tidak berhak meletakkan beliau dalam situasi begini.

“Dia (penyebar video) perlu cari sebuah lubang dan sembunyi di dalamnya sehingga minggu depan, perbuatannya benar-benar menyakitkan hati saya
“Dia fikir dia siapa (untuk lakukan begitu)?,” katanya mengecam bekas teman lelaki penyanyi itu, Justin Edwards atau Ultra, yang dipercayai dalang disebalik penyebaran video aksi ranjang tersebut.

Memperkuatkan lagi sokongannya kepada Tulisa, Simon menyatakan bahawa beliau tidak punya sebarang masalah untuk penyanyi muda berbakat besar itu meneruskan kerja sebagai juri X-Factor dan menjangkakan masyarakat akan bersetuju dengan pandangannya itu.
“Saya tak punya sebarang masalah untuk dia terus sebagai juri, 100 peratus.

“Masyarakat umum sangat pemaaf dan sangat memahami (terhadap Tulisa), tapi saya harap mereka tidak akan sekali-kali memaafkan individu yang melakukannya (penyebar video seks Tulisa),” katanya yang dipetik dari laman berita antarabangsa, The Sun, hari ini.

Sebuah rakaman video seks yang dikaitkan dengan Tulisa menggemparkan masyarakat dunia, khususnya pelayar internet, apabila ia tersebar meluas di ruang maya sebelum disekat setelah Tulisa melalui peguamnya memfailkan injunksi mahkamah dalam apa jua bentuk penyiaran.

Tulisa turut merakamkan satu video pengakuan mengenai skandal video seks tersebut dan telah dimuat naik ke laman Youtube di mana beliau menyatakan kekesalannya mengenai apa yang berlaku. – MyNewsHub

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate