Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi.

Sumber mengatakan kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah dan telah pitam ketika memandu disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan dipercayai telah tertekan pedal pemencut.

Mangsa, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.

Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.

Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat.

Mangsa merupakan seorang penuntut berusia 20 tahun UiTM Shah Alam. Kejadian berlaku pada 5.30 petang setelah mangsa baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pensyarah wanita. Mangsa meninggal dunia 7.30 malam selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Pensyarah yang terlibat dikatakan mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan beliau pengsan dan tertekan minyak sebelum merempuh mangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate