Pelakon Almy Nadia memberitahu GUA dia tidak bercadang untuk memberitahu peminat tentang jantian anak dalam kandungannya. Ini kerana dia menganggap perkara itu sesuatu yang cukup peribadi dan hanya dia dan suami sahaja yang patut tahu.

“Bagi saya ada perkara yang boleh dikongsi dengan peminat dan ada perkara yang perlu disimpan untuk diri sendiri. Tentang jantina anak ini nanti, saya tak bercadang untuk umumkan pada semua. Biarlah saya dan suami sahaja yang tahu. Kalau ikutkan dahulu, saya pun tidak mahu umumkan tentang kehamilan , tetapi berita mengenainya tersebar jua. Jadi, saya pun tidak mahu berahsia apabila orang mula bertanya,”ujar Almy ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Almy juga sempat mengulas tentang trend artis terkini yang bertindak mengunci mulut kepada sesetengah media dan hanya bercerita kepada media kegemaran atau pilihan.

“Secara peribadi, saya lebih suka bercerita kepada semua (media). Saya tak mahu pilih-pilih sebab tidak mahu ada yang terasa hati. Kena adil. Artis perlu menghargai pihak media kerana tanpa sokongan mereka, mungkin seseorang artis itu tidak akan ke mana-mana.

Walaupun ada pihak yang tawarkan sejumlah duit untuk saya buka mulut, saya tidak akan berbuat demikian. Kecuali mereka buat program istimewa seperti pernikahan Yusry dan Lisa ataupun kisah kahwin Awal dan Scha dahulu. Bagaimanapun, saya sedar, saya hanyalah pelakon biasa-biasa sahaja. Tak mungkin ada produksi atau media yang mahu buat cerita eksklusif tentang saya,” ujar Almy merendah diri.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate