Satu berita sedang viral di media sosial melibatkan pergaduhan antara beberapa orang masyarakat India dengan 6 orang Melayu. Kononnya, beberapa orang India tersebut telah menetak 6 orang Melayu yang merupakan Jemaah Tabligh di Pandamaran ketika keenam-enam orang Melayu tersebut pulang dari sebuah tahfiz.
Kononnya juga, mangsa berusia antara 5 sehingga belasan tahun. Kemudian gambar-gambar dipamerkan untuk 'membenarkan' berita tersebut.
BERITA TERSEBUT ADALAH PALSU dan sengaja dicipta untuk mencetuskan pergaduhan kaum di Kelang!!!
Bagaimanapun, berita sebenar ialah, satu pergaduhan besar dilaporkan telah berlaku di Taman Bayu Perdana Kelang antara masyarakat Bumiputera Sabah dengan beberapa orang India serta Cina di kawasan berkenaan.
Punca pergaduhan dikatakan bermula daripada perasaan tidak puas hati tentang perniagaan yang dijalankan di kawasan terbabit oleh kedua-dua belah pihak. Setakat ini, ramai warga Sabah dilaporkan cedera parah dan ditempatkan di hospital berdekatan untuk menerima rawatan.
Dalam satu perkembangan lain, beberapa mesej turut disebarkan. Mesej tersebut berbunyi:
"Dari KB Bhg di Sabah... Melayu kena tetak dengan India di Taman Bayu Klang... assalamualaikum... minta tolong sesapa yang ada kawan India, tlg jangan melalui Bayu, Andalas, Batu Nilam atau yang terdekat di area ni. Takut ada perkara yang tak diingini. Semua budak Sabah tengah standby nak cari India tetak budak dalam cyber cafe pg semalam."
Perkara ini sekiranya tidak dibendung lebih awal, akan mengakibatkan malapetaka yang sangat besar kepada negara. Diharapkan pasukan keselamatan dan penguatkuasa undang-undang melakukan tindakan pencegahan selain memastikan orang yang bersalah dan mencetuskan masalah ini dibawa ke muka pengadilan.
Jangan hanya Melayu yang diseret tetapi orang yang menetak dan mencederakan orang lain, terlepas hanya kerana dia bukan Melayu!!!
Update...
Satu laporan polis membabitkan kes yang mendatangkan kecederaan telah dibuat di Kelang pada jam 5:49 pagi tadi. Pengadu merupakan seorang lelaki dari suku kaum Bugis, berusia 30 tahun dan bekerja sebagai juruwang di sebuah cyber cafe di Vital Net.
Menurut pengadu, ketika dia sedang bekerja lebih kurang jam 4:50 pagi, cyber cafe tersebut telah didatangi lebih kurang 10 orang lelaki India yang bersenjatakan parang dan kayu. Kesemua suspek menyerang beberapa orang pelanggan yang sedang melayari Internet dengan menggunakan parang dan kayu.
Suspek kemudian melarikan diri setelah mencederakan pelanggan-pelanggan di premis tersebut tanpa merampas apa-apa barang milik mangsa.
Cyber Cafe Vital Net terletak di No.290, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, Kelang.
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20-an, dan bersenjatakan parang panjang serta kayu. Semasa kejadian terdapat lebih kurang 10 orang pelanggan yang terdiri daripada rakyat Sabah yang bermastautin di Kelang.
Pengadu dan mangsa tidak dapat cam suspek-suspek tersebut kerana mereka semua menutup muka dengan kain. Suspek-suspek juga dilihat menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna perak jenis Mitsubishi Storm dan sebuah kereta Proton Iswara dengan nombor pendaftaran yang telah dirosakkan.
Dalam kejadian tersebut, seramai 6 orang warga Sabah telah mengalami kecederaan di badan akibat ditetak. Kesemua mereka telah dihantar ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, kes tersebut sedang disiasat oleh Polis Kelang Selatan.
Keenam-enam mangsa adalah:
1. Mohd Rais bin M.Tahir
2. Abdul Mutalib bin Abdul Rahim
3. Mohd Junaidi bin Negeri
4. Amran bin Amri
5. Mohd Norhan bin Abdul Karim
6. Aidil bin Baddu.
Post a Comment