Siapa menyangka gadis pendiam dan pemalu seperti Yuna berjaya mengecapi kejayaan di negara luar, lagi-lagi di bumi Uncle Sam yang diketahui bukan calang-calang orang boleh menembusi pasaran muzik di sana.

Namun menurut sahabat baik penyanyi tersebut, Fathema Fazlena Ahmad Kamal atau Nina kejayaan yang dikecapi Yuna bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sejak kecil rakannya itu sudah menunjukkan bakat besar yang dimilikinya.

Nina juga menambah, Yuna gemar membuat persembahan pada Hari Guru dan Hari Kantin dan lagu yang menjadi pilihannya ialah Pasti nyanyian Ning Baizura dan Hero, Mariah Carey.

Selain itu, Nina juga mendedahkan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 27, seorang pelajar yang nerd dan geek ketika di alam persekolahan.

“Yuna sebenarnya sangat pendiam, dia seorang geek dan nerd di sekolah Dia ada satu tabiat suka duduk di corner dan buat hal sendiri. Waktu kecil dia suka melukis dan bila sudah besar kecenderungannya lebih pada gajet,” katanya yang dipetik menerusi Harian Metro, hari ini.

Walaupun namanya kini sedang berada di puncak kerjaya, namun Nina memuji sikap rakan baiknya itu yang tidak sesekali melupakannya.

“Dia selalu WhatsApp saya dan memaklumkan kepulangannya ke Malaysia. Yuna bagi saya masih orang yang sama dan tidak pernah berubah,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate