SUNGAI PETANI – Seorang wanita mendakwa dikasari bekas teman lelaki yang bertindak mengugut dan cuba menyamunnya ketika dia bertemu lelaki itu bagi meminta supaya barangan peribadi dikembalikan.
Mangsa dari Taman Jerai Emas, Gurun mendakwa, pada 23 Oktober lalu, dia ke rumah bekas teman lelaki untuk memintanya memulangkan barangan milik mangsa lebih kurang jam 8 malam hari kejadian.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan bertindak mengugut mangsa menyerahkan RM2,000 selain menidurinya sebelum barangannya dikembalikan.
“Saya turut ditolak sementara rantai leher ditarik dan turut mengalami luka di leher serta dahi,” katanya.
Justeru, satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berhubung kejadian atas faktor keselamatan dirinya.
p/s dah kena tidur ke belum...?
Post a Comment