VIDEO NGERI: Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kemalangan/ Kerosakan, JANGAN JADI MACAM NI!

Ramai pengguna jalan raya yang panik bila terlibat dalam kemalangan.
Disebabkan kecuaian dan kealpaan, ramai yang tersilap langkah hingga menjadikan satu-satu situasi kecemasan itu menjadi semakin ‘haru-biru’ dan membahayakan pula pengguna jalan raya yang lain.
Lihatlah klip video di bawah, ia adalah AKIBATNYA sekiranya kita tidak berhati-hari dan mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya bila terlibat dalam kemalangan atau pun kenderaan kita mengalami kerosakan di jalan raya.

Berikut adalah panduan sekiranya anda mengalami saat-saat cemas semasa di jalan raya;
Melindungi tempat kejadian
* Sekiranya anda melihat kemalangan semasa memandu, pastikan kenderaan yang berlanggar itu dapat dilihat dengan jelas. Nyalakan lampu kecemasan dan juga lampu besar, dan pasangkan segi tiga amaran kecemasan sekiranya ada
* Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengelakkan kebakaran daripada berlaku dan juga mengelakkan kenderaan lain daripada melanggar kereta yang terlibat. Periksa sama ada kenderaan yang berlanggar itu bebas dari sebarang bahan-bahan bahaya.
* Perkara yang seterusnya adalah untuk menghentikan kenderaan yang terlibat daripada bergerak, (anda tidak sepatutnya menghampiri kenderaan yang terbakar kerana kereta itu mungkin boleh meletup secara tiba-tiba) sekiranya anda boleh melakukan perkara tersebut tanpa sebarang risiko. Matikan enjin kenderaan terlibat, (tinggalkan kunci di tempat asalnya dengan terkunci, jadi kenderaan boleh digerakkan apabila perlu).
* Pastikan kenderaan terlibat masih di dalam gear dan tarik brek tangan kenderaan tersebut. Sekiranya ini tidak boleh dilakukan, letakkan batu di bahagian tayar supaya kenderaan tidak bergerak. Sekiranya kenderaan itu terbalik, jangan cuba untuk membetulkan kedudukan kenderaan itu. Cuma pastikan yang ia tidak akan bergerak atau berguling lagi dengan meletakkan penahan.
Dapatkan bantuan dengan segera
* Hubungi servis kecemasan dengan segera (999) ataupun dapatkan bantuan orang lain untuk melakukan panggilan kecemasan.
* Tahan kenderaan yang lalu dan dapatkan bantuan orang lain untuk menghubungi 999.
* Pemanggil akan ditanya mengenai nombor pendaftaran kenderaan dan juga mangsa yang terlibat, tempat kejadian dan juga sama ada terdapat kebakaran ataupun sebarang bahaya yang lain.
* Adalah penting untuk menulis semua maklumat ini dan berikan mereka maklumat yang cukup. Contohnya seperti; kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan juga van, mempunyai 5 orang mangsa, 2 orang berada dalam keadaan tenat dan yang lain hanya mengalami kecederaan ringan. Lokasi adalah pada KM 16.5 lebuhraya Seremban . Kuala Lumpur ke bahagian selatan, berhampiran Nilai.
Akhir sekali pesanan dari Mynewshub.my…PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate