Haid Ke Dalam Kopi
SINGAPURA – Seorang pembantu rumah warga Indonesia telah dihadapkan ke mahkamah di Singapura pada 22 Mei lalu atas pertuduhan mencampurkan darah haid ke dalam minuman majikannya.
Jumiah, 24, dituduh melakukan khianat dengan mencampurkan darah haidnya ke dalam secawan kopi milik majikannya, Phang Nyit Sin, 38 di sebuah flat kediaman di Choa Chu Kang, Singapura pada 31 Ogos tahun lalu.
Masih tidak mengetahui punca kenapa pembantu rumah tersebut sanggup melakukan khianat sedemikian. Terdapat sumber yang mengatakan pembantu rumah tersebut ingin membalas dendam terhadap perlakuan tidak adil majikannya.
Dia telah bekerja dengan majikan tersebut selama setahun sebagai pekerja domestik dan mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan.
Kes itu akan disebut semula dalam tempoh seminggu lagi. Jumiah dikenakan ikat jamin sebanyak S$5,000 (RM12,000) dan jika disabitkan kesalahan, akan di penjara selama setahun.
Ini bukanlah kali pertama pembantu rumah dari Indonesia melakukan khianat sedemikian.
Pada Julai 2009, pembantu rumah warga Indonessia berusia 26 tahun dituduh mencampurkan  darah haid ke dalam sayur masakannya. Namun pihak pendakwaan telah mengugurkan kes berkenaan kerana laporan makmal perubatan menunjukkan darah haid bukanlah toksik walaupun membawa virus.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: The Jakarta Post / Digital Journal

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate