Harga Saham Facebook Jatuh

NEW YORK – Harga saham Facebook jatuh lebih lima peratus semalam selepas ia menjunan 11 peratus kelmarin.Dalam dagangan semalam, harga saham itu ialah pada AS$31.92 (RM) merosot berbanding AS$34.03 (RM) kelmarin.
Saham Facebook sebelum ini dibuka pada harga AS$38 (RM118.63) seunit yang merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar di AS.
Kejatuhan tersebut berlaku selepas sesi dagangan bergelora pada Jumaat lalu yang menyaksikan saham Facebook meningkat pada awal dagangan sebelum kembali merudum pada hari yang sama.
“Pelabur runcit takut untuk membeli saham Facebook. Kebanyakan orang sebelum ini menyangka ia satu pelaburan yang amat menguntungkan.
“Justeru apabila situasi sebaliknya berlaku, tiada siapa tahu sejauh mana saham ini akan merudum,” kata Eksekutif Dana Internet Sosial, Lou Kerner.
Menurutnya, situasi tersebut didorong sentimen negatif sebahagian pelabur yang sangsi sama ada Facebook dapat terus berkembang dan mencatat lebih banyak keuntungan pada masa depan.
Salah seorang pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg.
Pada Sabtu lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan.
Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.
Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat IPO bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka. – Agensi

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate