Nayati Moodliar dipercayai telah diculik oleh penculik yang menaiki kereta Proton Gen 2 berwarna hitam dan nombor pendaftaran WNH 1356 (nombor palsu) semasa Nayati berada di hadapan sebuah sekolah di Mont Kiara. Walaubagaimanapun Nayati selamat dibebaskan oleh penculik  pada 03 Mei 2012 jam 7.50 pagi di hentian rehat rawang (lebuhraya utara selatan) setelah sejumlah wang sebanyak RM300,000.00 di bayar oleh keluarga mangsa.
Suspek 5 lelaki cina dan seorang wanita berjaya ditangkap untuk membantu siasatan kes culik Nayati ini dan manakala dua orang daripada penculik ini masih bebas dan pihak Polis telah menyebarkan gambar 2 orang peculik Nayati kepada umum, manalah tahu kot-kot terjumpa dengan dua orang penculik nie.
Tapi, pihak Polis juga percaya yang dua penculik yang masih bebas ini telah melarikan diri di luar negara dan telah berhubung dengan pihak Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu mencari dua orang penculik Nayati ini. Kemungkinan jugak, penjenayah yang masih dikehendaki ini masih di dalam negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate