Amboi...Comelnya 'Tok Mudim' Indonesia


Sempena cuti sekolah ini, ramailah adik-adik kita yang akan berkhatan.

Penulis masih ingat lagi, dulu kalau dekat kampung-kampung, tok mudimlah orang yang paling digeruni oleh kanak-kanak.
Apatah lagi tok mudim yang jenis suka simpan misai tebal dan janggut panjang, sekali dia berdehem je, bertempiaran budak-budak ini lari keliling kampung.
Namun zaman dah berubah. Perkhidmatan tok mudim boleh dikatakan hampir pupus…ini disebabkan ibu bapa lebih yakin pada kaedah perubatan moden yang terbukti lebih bersih dan selamat.
Bercakap pasal berkhatan ni, penulis nak kongsi beberapa keping gambar ‘tok mudim’ wanita di Indonesia, mereka bukanlah tok mudim dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi doktor dan pembantu perubatan yang bertugas mengkhatankan kanak-kanak di sana.
Amboi, manis-manis orangnya.
Kalau macam ni lah orang yang ditugaskan untuk menyunatkan kanak-kanak, silap haribulan SI BAPA pun nak minta agar disunatkan sekali lagi, hahahahaha – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my) 

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate