348 Gadis Sambut Hari Jadi Ke 15 Beramai Ramai

BANDAR RAYA MEXICO : Seramai 348 orang gadis menyambut hari jadi ke-15 mereka secara beramai-ramai di ibu negara Mexico di sini kelmarin.

Acara meriah yang dikenali sebagai Quinceanera itu diadakan bagi mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa mereka telah memasuki fasa usia dewasa.

Pada pesta berkenaan, gadis-gadis sunti itu mengenakan gaun petang berwarna-warni sebelum berkumpul untuk menyertai satu perarakan.

Quinceanera merupakan acara tradisi di Mexico yang bermula sejak era kolonial Sepanyol pada kurun ke-16. – Agensi

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate