KL, 1 NOV 2013: Semakin nak dekat dengan hari bahagianya tidak lama lagi, idola Murai Batu yang satu ini siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan atau Che Ta semakin hangat, cantik, mantap dan terus menjadi pujaan hati peminatnya.

Mana tidaknya wanita-wanita di luar sana makan hati, tengoklah dia menjaga kecantikan diri luar dan dalam ditambah gayanya yang semakin anggun tu, sentap uols. Daripada yang seusia dengannya hinggakan mereka yang muda-muda macam Murai Batu ini pun pasti cemburu melihat kecantikan yang dimilikinya.

Malah ada golongan 'tertentu' mengidolakan ibu kepada dua orang anak dan ingin menjadi secantik bekas ratu cantik negara kita itu. Motif tiba-tiba Murai Batu cakap macam tu kan, nak tau kenapa? Sebab Murai Batu terjumpa seorang peserta ratu cantik yang memang saling tak tumpah wajah Che Ta.

Difahamkan Nur Sajat Fariz, yang kini sedang berada di Pattaya, Thailand adalah wakil Malaysia ke Miss International Queen Pageant 2013 iaitu pertandingan ratu cantik maknyah dan melihat kepada gambarnya memang dia persis Che Ta. Memang cantik betul dia, rasanya wanita-wanita tulen pasti bertambah sentap melihat kejelitaan Nur Sajat kan?

Dia antara 20 peserta pertandingan ratu cantik tersebut yang merupakan acara tahunan yang kini memasuki siri kesembilan di anjurkan di negara gajah putih itu. Tambah sumber lagi mengatakan dia baru sahaja menang salah sebuah gelaran yang dipertandingkan sebelum Miss International Queen Pageant 2013 dinobatkan pada 1 November ini.

Bila tengok foto kostum kebangsaan yang digayakan Nur Sajat, rakan-rakan Murai Batu sibuk bertanyakan siapakah dia dan semua setuju dia memang memiliki iras wajah seakan Che Ta. Sampaikan ada yang ingat Rozita Che Wan dah kahwin dek kerana foto tersebut.

Andaian Murai Batu lagi mengenai foto bogel kononnya Che Tayang tersebar sebelum ini mungkin milik golongan-golongan ini yang memiliki wajah sepertinya. Murai Batu bukanlah kata ia foto Nur Sajat tetapi kemungkinan ada lagi mereka yang memiliki wajah persis ratu pujaan ramai itu, kan?

Tak kisahlah, yang penting Murai Batu suka melihat keayuan Nur Sajat ini melalui foto-fotonya di laman Facebook rasmi pertandingan ratu cantik tersebut. Bukan main lagi, kalah Deborah Henry dan Soo Wincci masa mereka mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik dulu.

Yang penting Murai Batu suka nama dia yang klasik itu, bukan macam sesetengah yang lain tu nama tidak bercirikan diri nak international saja. Ooops jangan marah uols, apa-apa pun kita semua serupa. Asalkan anda ok,Murai Batu pun ok! Go Sajat! Ciao!

MURAI BATU: Apa cerita penyanyi Nurul Wahab yang katanya dikecam kerana menggunakan surname suaminya, Eric Depp?

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate