"Saya senang dapat bekerjasama dengan pelakon Indonesia dan tidak pernah berasa bosan berganding dengan mereka. 

"Malah saya sentiasa senang dapat bekerjasama dengan mereka kerana ia adalah kerja saya sebagai pelakon," kata Elfira Loy mengenai kekerapan gandingannya dengan pelakon popular Indonesia. 





"Gosip berkenaan saya anggap sebagai perkara biasa untuk pelakon seperti saya, tambahan pula kami sering bergandingan dalam drama yang sama. Saya juga tidak pernah ambil peduli kerana ia tidak benar sama sekali," katanya. 

Untuk info, Elfira dikhabarkan telah bergandingan lagi dengan Baim dalam drama yang dihasilkan oleh Erma Fatima. Kali ini, Elfira membawa watak gadis buta. 
"LOVE is like a wind.. you cant see it but u can feel it," begitulah pembayang Erma mengenai drama tersebut melalui Twitternya. 


Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate