Mohon bantuan sesangat.

Di hadapan saya sekarang ialah seorang makcik dari Sg Besar, sabak bernam, menjual kerepek di sini, Kota Damansara. Suaminya sudah meninggal berpuluh tahun lalu. Anaknya sedang berpantang baru lepas bersalin, suami anaknya tu lari tak balik2 sejak 5-6 bulan. 

Makcik ni jual kerepek hari2, pukul 3 petang bertolak dari Sg Besar, sampai sini 6 petang. Jual kerepek sampai pukul 12 malam, kemudian ada van akan ambil dia pulang. Sampai rumah pukul 3 pagi. Lepas subuh sampai 1 tgh hari, makcik ni tidur. Lokasi menjual tak tentu, kadang2 di tempat lain, ikut driver van.

Makcik ni umur 69 tahun. Tadi dia makan nasi ayam, tengah makan, dia muntah depan saya. Salur pemakanan dia sempit dan gigi takde. Jadi dia selalu tersedak makanan. dia makan char kuey teow, dia tersedak juga. Rupanya selama 10 tahun ni dia cuma makan biskut dan roti hari2.

MasyaAllah.

Nur Dhiya Doris Chow Yee Sim (isteri saya) gosok belakang makcik ni masa makcik ni muntah, dia sakit kat belakang, salah tidur mungkin, sebab tido atas lantai. Sekarang makcik ni bekerja sebab nak sara diri sendiri dan dua cucu bersekolah tingkatan 1 dan 4.

Mohon sesangat, sesiapa nak bagi bantuan, samada bantuan bulanan atau sedekah jariah, tolonglah bantu. Makcik ni tak ada akaun bank, tapi saya dah ambil no fon makcik ni tadi, dan akan cuba pergi rumah makcik ni. Nombor fon, makcik tu tak kasi sebarkan, hanya kepada orang2 tertentu sahaja boleh beri, makcik tu tak nak diganggu sebab makcik perlu rehat secukupnya di siang hari.

Tolong sebarkan.

P/s: Bagi sesiapa yg menaruh kepercayaan pada saya, boleh bank in pada akaun saya, muhammad syafiq bin hassan, maybank, 114405098586. Kepada sesiapa yg sangsi atau tak percaya pada saya, tak perlu masukkan duit. Boleh sedekah doa. Setakat ni, RM 575 saya dah beri by hand pada makcik tu. Untuk gambar bukti, sila rujuk komen2 di bawah, saya ada post gambar makcik tu pegang duit.

PENTING!!!
Sila PM saya dan beritahu berapa anda masukkan memandangkan akaun tu mmg saya gunakan utk bantu ramai orang lain sebelum ni.

TOLONG PM NILAI YANG ANDA MASUKKAN AGAR TIDAK BERCAMPUR DENGAN DUIT SUMBANGAN KEPADA ORANG LAIN.

Alamat makcik ni jika nak beri sumbangan barang/pakaian:

Peket 60, Sungai Nipah, 45300 Sungai Besar, Selangor. (Dari IC makcik tu)

Jumlah derma terkumpul:
Update 2/11/13 - 3:00am:

RM 935.00

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate