-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Seorang penari wanita secara tidak sengaja telah mendedahkan buah dadanya kepada lebih 7,000 penonton stadium sewaktu mempersembahkan tarian di Stadium Jalan Besar di sini. 
Lebih malang lagi, persembahan tersebut disiarkan secara langsung di stesen televisyen republik itu Ahad lalu.

Kejadian ini berlaku sewaktu perlawanan akhir program realiti bola sepak terbitan MediaCorp’s, ‘First XI’.
Sebelum perlawanan berlangsung, sekumpulan 18 orang penari wanita, The Sapphires yang memakai rambut palsu berwarna biru dan berpakaian seksi masuk ke tengah padang bagi membuat persembahan.

Sejurus selepas persembahan bermula, rambut palsu penari berkenaan telah jatuh. Namun, dia masih meneruskan persembahan.

Selepas itu, kelihatan penari itu menari dalam keadaan yang tidak selesa apabila dia asyik membetulkan pakaiannya.

Tidak lama kemudian, tali bahu pakaiannya longgar hingga menampakkan buah dadanya!
Dia terpaksa menutup bahagian ‘tersebut’ dengan tangan sebelum berlari keluar dari padang.

” Saya nampak pakaian dalamnya jatuh dan dia cuba membetulkan pakaiannya yang semakin lucut. Kemudian dia terpaksa keluar padang sambil menutup buah dadanya menggunakan tangan,” kata Shen, salah seorang saksi kejadian.
Difahamkan bahawa penari tersebut meninggalkan stadium sewaktu separuh masa perlawanan bola sepak tersebut.
Selain itu, Taufik Batisyah dan penyanyi Indonesia, Rossa turut membuat persembahan dalam program itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate