Pelakon dan penyanyi Maya Karin mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang. Lelaki bertuah yang berjaya menambat hatinya itu adalah seorangjejaka kulit putih atau mat saleh.

Nampaknya kegagalan rumah tangga terdahulu tidak membuatkannya serik untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dari bangsa tersebut.

Namun, Maya masih belum bersedia mendedahkan identiti teman lelakinya kepada umum.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Translate